Ahad, 8 Julai 2012

Sirih Junjung.


Sirih junjung adakah telah dilupakan dalam hantaran perkahwinan Melayu hari ini? Setahu acik lah setiap gubahan sirih junjung, selain daun sirih perlu ada pinang, gambir dan kapur yang telah dijadikan bentuk bunga atau hanya diselitkan sahaja dicelah-celah gubahan sirih.

Biasanya daun sirih perlulah segar dan bukan tiruan. Kalau dizaman nenek moyang kita sirih junjung ini dikatakan sebagai "kepala hantaranlah" kerana orang akan melihat gubahan sirih junjung dahulu, selepas tu baru tengok hantaran yang lain.

Kalau dahulu makin tinggi gubahan sirih junjung tu makin megahlah si pengantin kerana berjaya mengubah sirih junjung dengan cantik. Mane taknye nenas dan betik muda sering digunakan sebagai acuan untuk daun sirih dicucuk disekeling nenas atau betik. Hasilnye gubahan itu akan nampak besar dan cantik aje tersusun.

Kalau nak cerita beratnye memanglah berat apatahlagi bila ditambah dengan bunga-bunga segar.Itu dulu sekarang dah lain. Buah nenas dan betik dah tak digunakan lagi semua dah guna span, lebih ringan dan lebih senang. Cara gubahannye pun dah berlainan,daun sirih tak banyak pun digunakan malah dah guna daun sirih plastik lagi.

Canggihnye zaman sekarang kalau bunga pun toksah cakap lagi memang melambak sekarang bunga palstik.Ape-ape pun meterial yang digunakan dalam gubahan sirih junjung ini taklah kisah tetapi yang penting janganlah adat budaya kita ini dilupakan.

Sabtu, 7 Julai 2012

Semua Bermula Langkah Pertama!

 
Itulah proses nak bermula… Langkah pertama memang susah… Tapi langkah yang 1000 tu tetap bermula dengan langkah pertama… Bagi sesiapa ‘lepas’ langkah pertama, bersiap sedialah menerima amanah sebuah kejayaan… Bagi yang ‘give-up’, kejayaan hanyalah sebuah ilusi…
 
Justeru itu, acik memulakan langkah pertama untuk menulis dalam blog... semoga apa yang disampaikan dapat dikongsi bersama pengunjung bolog acik. Sudi-sudilah berkunjung ke blog acikfotographer.blogspot.com untuk melihat apakah terbitan yang acik paparkan berkenaan koleksi foto yang telah acik rakamkan sejak sekian lama.
 
Mulanya acik simpan gambar-gambar itu dalam album tapi lama-lama tak larat kerap nak beli album. Walaupun album tak semahal man tapi berbaloi jugalah berkoban untuk album. Lagi pun kalau dalam album hanya acik seorang saja yang dapat lihat. So.. kalau dalam blog ni semua orang dapat berkongsi untuk melihat setiap gambar yang acik paparkan. Lagi baik kalau pengunjung blog acik mengambil kesempatan untuk komen gambar yang acik rakamkan.
 
Selamat berkunjung ke blog acikfotographer.blogspot.com dan acik ucapkan ribuan terima kasih....
 
Sekian wasallam...